Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

2–3 hidangan

Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball
- 120g Penne Kimball, masak mengikut arahan pada paket
- Minyak untuk menggoreng
- 30g Bawang besar, dcincang halus
- 200g Daging kisar
- 40g Lobak merah, didadu
- 100g Kacang kuda
- 3 tangkai Daun pasli, dicincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga empuk, masukkna daging kisar dan lobak merah, masak sehingga daging masak dengan sepenuhnya.
- Kemudiannya, masukkan kacang kuda, Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball dan biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan Penne Kimball dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan taburkan daun pasli di atas pasta. Hidangkan serta-merta.