Masa Penyediaan

10 + 20 minit (perapan)
Masa Memasak

35 minit
Saiz Hidangan

3 orang

Bahan-bahan
- 350g dada ayam, dipotong dadu ½ inci
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
- 2 sudu besar minyak
- 7 hirisan halia, dipotong halus memanjang
- 1½ cawan beras, dibasuh
- 2¼ cawan air
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Hirisan timun
- Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Perapkan ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball selama 20 minit.
- Panaskan minyak, tumis halia dan ayam dalam periuk nasi elektrik sehingga wangi dan keperangan.
- Masukkan beras, air dan perisakan dengan serbuk lada hitam. Kacau rata kemudian tutup penutup.
- Selepas 10 minit, buka penutup dan kacau perlahan. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
- Hidangkan dengan hirisan timun dan Sos Cili Kimball.