Masa Penyediaan

20 minit
Masa Memasak

6-8 jam
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 Cawan Sos Tomato Kimball
- 1/2 Cawan Sos Cili Kimball
- 3 Sudu Besar Pati Tomato Kimball
- 800g Daging Bahu, Dipotong Kuib 1 Inci
- 2 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
- 2 Sudu Besar Minyak
- 120g Bawang Besar, Didadu
- 1 Biji Tomato, Didadu
- 300g Ubi Kentang, Dipotong Kuib Besar
- 4 Cawan Air
- 120g Labu
- 3 Biji Cili Padi Merah, Dibuang Biji
- 30g Halia
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 Tangkai Daun Ketumbar Dengan Akar
Cara-caranya
- Perap daging dengan serbuk kari daging dan Sos Berperisa Tiram Kimball selama 20 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang besar dan tomato sehingga lembut. Kemudiannya, masukkan daging dan ubi kentang. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan Sos-Sos Kimball, air dan pes halus. Kacau sehingga sebati dan masak dengan api rendah sehingga daging lembut. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan hangus. Hidangkan panas bersama nasi atau pasta. (*Cadangan: Hidang Bersama Pasta kering Kimball untuk hidangan lebih seimbang)