Masa Penyediaan

20 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 200g Fettucine Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 3 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 3 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1 biji telur
- 1 biji tomato, dipotong panjang
- garam, secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, Sos Tiram Kimball, Sos Cili Thai Kimball dan Sos Tomato Kimball.
- Pecahkan telur, kacau dengan cepat.
- Masukkan Fettucine Kimball, tomato dan garam. Gaul rata dan hidangkan.