Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
2–3 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball
- 120g Angel Hair Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 200g Udang dengan kulit dan kepala
- 30g Bawang kuning, dihiris
- 1 biji Tomato besar, dipotong baji
- 80g Sawi, dipotong ½” panjang
- 2 biji Tofu pok, dihiris
- ¼ cawan Air
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk hiasan:
- Daun bawang
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masak udang sehingga menjadi warna merah. Kemudiannya, masukkan tomato, sawi dan tofu pok dan masak selama 1 minit atau sehingga tomato menjadi empuk.
- Masukkan Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball dan air, biar mendidih.
- Masukkan Kimball Angel Hair dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan hiaskan dengan daun bawang. Hidangkan panas.