Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
3–4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball
- 450g Ayam, dipotong ketulan kecil
- 40g Bawang besar, dihiris
- 3 ulas Bawang putih, dihiris
- 1 inci Lengkuas, dihiris
- 2 pokok Daun bawang, dihiris
- 1 batang Kayu manis
- 6 kuntum Bunga cengkih
- 1 kuntum Bunga lawang
- 3 biji Buah pelaga
- 12 biji Kurma madu tanpa biji, dicincang kasar
- ½ cawan Air
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk hiasan:
- Daun bawang
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, lengkuas dan daun bawang sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga dan goreng selama 30 saat.
- Kemudiannya, masukkan kurma, ayam dan air. Masak pada suhu sederhana sehingga ayam masak dengan sepenuhnya.
- Akhirnya, masukkan Sos Pasta Tomato Cili Pedas Kimball dan terus memasak selama 5 minit. Hiaskan dengan daun bawang dan hidangkan panas.