Masa Penyediaan

2 jam
Masa Memasak

30-35 minit
Saiz Hidangan

35-40 hidangan

Bahan-bahan
- 4 kg Makaroni Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 1 kg Sos Cili Kimball
- 600g Sos Tomato Kimball
- 300g Sos Berperisa Tiram Kimball
- 300 ml Minyak
- 150g Halia, dicincang
- 450g Bawang putih, dicincang
- 200g Bawang besar, dicincang
- 10 biji Cili api, buang biji dan dibahagi dua
- 3 kg Udang sederhana, dibuang kulit kecuali ekor
- 1.5kg Bebola ikan, dibahagi dua
- 2.5kg Kek ikan, dihiris nipis
- 300ml Kicap masin
- 10 cawan Air
- 2 kg Sawi, dipotong 1” panjang
- 3 kg Tomato, didadu
- 1.6kg Taugeh
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis halia, bawang putih, bawang besar dan cili api sehingga wangi. Masukkan udang dan tumis sehingga masak.
- Kemudian, masukkan bebola ikan, kek ikan dan kacau sehingga rata. Masukkan semua sos Kimball, kicap, air dan sayur. Biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan macaroni dan taugeh. Kacau sehingga rata dan sedia dihidangkan.