Masa Penyediaan

5 minit
Masa Memasak

5 minit
Saiz Hidangan

4 hidangan

Bahan-bahan
- 200g Spiral Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 4 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 120g Sambal paru kering
- 50g Bawang besar, didadu
- 2 ulas Bawang putih, dicincang
- 2 biji Cili padi, dicincang kasar
- 100g Kacang perancis, dihiris serong
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan sambal paru kering dan semua sos Kimball. Kacau sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan Spiral Kimball, kacang perancis dan kacau sehingga sebati. Hidangkan panas.