Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
50 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 600g ayam, potong 5cm sekeping
- ½ cawan Sos BBQ Kimball
- 4 sudu besar minyak masak
- 3 biji kentang, dikupas kulit & dipotong 4
- 2 cawan air
- 2 ulas bawang sederhana, hiris tebal
- 1 sudu besar sos karamel pekat Cheong Chan
- Bahan A (Tumbuk sehingga lumat)
- 2cm halia
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil biji lada hitam
- ½ sudu kecil garam
Cara-caranya
- Perapkan ayam dengan Sos BBQ Kimball selama 30 minit.
- Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga perang keemasan. Ketepikan.
- Tumiskan Bahan A dalam baki minyak selama 5 minit. Kemudian, tambah ayam dan masak selama 10 minit.
- Tambahkan air dan renih selama 20 minit.
- Kemudian, masukkan kentang goreng, bawang dan sos karamel pekat. Masak selama 10 minit sehingga empuk.