Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 6 biji telur
- 1 sudu besar Mayonis Kimball
- 1 sudu besar Sos Cili Kimball
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- ½ cawan Kacang Kuda Kimball, dicincang kasar
- 50g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 1 labu bawang besar, dicincang
- 2 biji cili merah, dicincang halus
- 1 batang daun bawang, dicincang halus
- ½ sudu besar minyak masak
- Sos
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Pukul telur bersama Mayonis Kimball, Sos Cili Kimball, garam dan lada hitam secukup rasa.
- Masukkan Kacang Kuda Kimball, Makaroni Kimball, bawang, cili merah dan daun bawang. Kacau rata.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tuangkan bancuhan telur dan masak atas api perlahan sehingga bahagian bawah telur masak.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan gril pada 200°C selama 8 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan panas bersama campuran Mayonis Kimball dan Sos Cili Kimball.
- Tip dari Chef: Dadar telur boleh dimasak dalam cawan mufin untuk memikat selera anak-anak.