Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- 3 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Minyak
- 50g Bawang Besar, Didadu Halus
- 1 Ulas Bawang Putih, Didadu Halus
- 200g Daging Ayam Kisar
- 2 Batang Sosej, Didadu Halus
- ¼ Sudu Teh Serbuk Lada Hitam Kasar
- ¼ Sudu Teh Herba Campuran
- 1 Paket Kulit Popiah 5”
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung, + 1 Sudu Besar Air
- Minyak Untuk Menggoreng (*Tip Chef: Untuk alternatif boleh menukar Sos-sos Kimball dengan Sos Pasta Tradisional Kimball.)
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Masukkan sosej dan goreng selama 1 minit. Tuangkan Sos-Sos Kimball, serbuk lada hitam dan herba campuran. Kacau sehingga sebati dan biar sejuk.
- Ambil sekeping kulit popiah dan sudukan sedikit inti pada salah satu hujung secara memanjang. Balut dengan ketat untuk membentuk popiah dan tutup tepi dengan sedikit campuran tepung jagung. Ulangi langkah untuk inti yang selebihnya.
- Panaskan minyak kepada suhu sederhana tinggi dan goreng popiah sehingga warna kuning keemasan dan rangup. Angkat dan hidangkan panas.