Masa Penyediaan

30 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- Untuk sos cicah:
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 sudu besar Minyak
- 150g Bawang besar, didadu halus
- 200g Daging kisar
- 4 sudu besar Kicap manis pedas
- ½ cawan Air
- 6 biji Ketupat, dibelah dua
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ketupat sehingga warna kuning keemasan. Ketepikan.
- Untuk sos cicah, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga empuk. Masukkan daging dan goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Masukkan semua sos Kimball, kicap manis pedas dan air. Biar mendidih dan tutup api. Hidangkan panas dengan ketupat goreng.