Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 2 Ketul Paha Ayam Atas Tanpa Tulang
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Biji Putih Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 2 Sudu Besar Tepung Beras
- Minyak Untuk Menggoreng
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Minyak
- 6 Ulas Bawang Putih
- 120g Bawang Merah
- 5 Biji Cili Merah
- 8 Biji Cili Padi
- 1 Sudu Besar Jus Limau
- 1 Sudu Teh Garam
Cara-caranya
- Leperkan paha ayam dengan pemukul dan perap selama 15 minit.
- Panaskan minyak kepada suhu serdehana tinggi. Salutkan ayam dengan campuran tepung secara sekata dan goreng sehingga warna kuning keemasan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sos, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi dengan api rendah sehingga wangi. Biar sejuk. Kemudiannya, alih campuran ke dalam mesin pengisar dan kisar bersama dengan Sos Cili Kimball, jus limau dan garam sehingga menjadi pes. Ketepikan.
- Hiris kasar ayam goreng dan taburkan sos di atas. Hidangkan serta-merta.