Masa Penyediaan

20 minit
Masa Memasak

25 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 4 ketul paha ayam, dibuang tulang dan dileper dengan penukul daging
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang besar, dipotong dadu
- 1 ½ cawan cendawan, dihiris
- Bahan A (Campur sebati)
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil lada
- ¼ cawan Sos BBQ Kimball
- 2 sudu besar minyak masak
- Bahan B (Kacau sebatil)
- ½ cawan Sos Kimball BBQ
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 300ml air
Cara-caranya
- Perasakan ayam dengan Bahan A dan ketepikan selama 10 minit.
- Masak ayam dalam kuali pemanggang atas api sederhana untuk 10 minit setiap belah. Pindahkan ke pinggan hidangan.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang dan cendawan sehingga lembut.
- Tambah Bahan B dan renih selama 5 minit.
- Hidangkan kuah bersama ayam yang telah digril.