Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak masak
- 20g bawang merah, dicincang halus
- 15g bawang putih, dicincang halus
- 15 helai daun kari
- 20g serbuk rempah kari
- 150g Pati Tomato Kimball
- 2½ sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
- 3½ sudu kecil Sos Cili Kimball
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 350g kacang Kuda Kimball
- 50g ikan bilis, digoreng
- 300g kentang, dipotong dadu dan digoreng
- 50g suhun, digoreng
- 8-10 biji cili padi, dipotong kecil
Cara-caranya
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan serbuk rempah kari dan daun kari, kacau sehingga wangi.
- Masukkan Pati Tomato Kimball, Sos Spageti Tradisional Kimball, Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball. Kacau rata.
- Campurkan Kacang Kuda Kimball, ikan bilis, kentang, suhun dan cili padi. Kacau sehingga sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
- Tip chef: Jika ingin mengurangkan tahap kepedasan, anda boleh campurkan sambal kacang kuda dengan 3 sudu besar Mayonis Kimball apabila dihidangkan.