Masa Penyediaan

20 minit + 2 jam (perap)
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- A
- 1 sudu kecil yis segera
- ½ sudu kecil gula halus
- 2 sudu besar air suam
- B
- 250g tepung serbaguna
- ¼ sudu kecil soda penaik
- ¼ sudu kecil serbuk penaik
- 20g mentega
- Garam, secukup rasa
- 80g gula halus
- 1 biji telur gred A
- 285ml susu segar
- 100g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- Minyak, dilenser
Cara-caranya
- Campurkan A dan biar kembang selama 10 minit.
- Ayak tepung, serbuk penaik, soda penaik, dan garam. Gaulkan mentega dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Pukul gula dan telur sehingga gula hancur. Masukkan ke dalam tepung. Tambah susu dan campuran yis. Gaul sehingga sebati dan biar 2 jam. Masukkan Makaroni Kimball. Kacau rata.
- Lenser kuali leper dan acuan gelang bulat. Letak acuan di dalam kuali.
- Sudukan adunan ke dalam acuan dan masak atas api perlahan sehingga keemasan.
- Keluarkan acuan dan terbalikkan untuk masak bahagian atas.
- Ulangi langkah 5-7 sehingga adunan habis.
- Tip dari Chef: Anda boleh sajikan dengan jem, mentega kacang, sirap mapel atau madu. / Jika saiz kek besar, ubah ke gril supaya masak atasnya.