Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

6 orang

Bahan-bahan
"- 3 keping tauhu, didadu dan dicelur dalam air panas dengan garam
- 2 sudu besar minyak
- 200g daging kisar
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 inci halia, dicincang
- 4 ulas bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar kacang hitam bergaram, direndam
- 1 sudu kecil lada sze chuan
- 1 sudu besar kacang soya bergaram perisa cili
- ½ cawan stok daging
- 1 sudu besar Sos Cili Kimball
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu besar tepung jagung, dicampur 2 sudu besar air
- 2 cili kering, dipotong kecil
- gula, secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang, dipotong dadu
Cara-caranya
"- Panaskan minyak dalam wok dan masak daging kisar sampai rangup. Ketepikan.
- Masukkan minyak bijan ke wok dan tumiskan halia dan bawang putih hingga layu.
- Tumiskan cili kering selama beberapa minit dan tambahkan kacang hitam bergaram, lada sze chuan dan kacang soya bergaram perisa cili.
- Masukkan stok daging, Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball.
- Didihkan kuah dan renehkan untuk beberapa minit kumeudian. Masukkan gabungan tepung jagung ke dalam kuah.
- Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daging kisar dan tofu.
- Gaul sebati dan perasakan dengan gula. Hiaskan dengan daun bawang dan hidangkan dengan segera.